Sunday

Latest Event: Kelas Demo Jahitan Bj Kurung Kanak-Kanak 7 July 2012

Alhamdulilah....sekali lagi Kelas Demo Baju Kurung Kanak-Kanak telah dijayakan pada 7 July 2012 yang lalu dengan jayanya.  Seramai 9 orang peserta menyertai kelas demo ini yang rata-rata mempunyai latar belakang yang berbeza.  Syukur semakin ramai menyedari bahawa sangat penting untuk melengkapkan diri dengan kemahiran terutama sekali seni jahitan yang ternyata boleh membantu mereka dalam menjana pendapatan sampingan.  Peserta juga hadir dengan penuh semangat untuk belajar dan ada di antara mereka memang langsung tidak mempunyai asas jahitan.  Tapi, kami percaya dengan pelbagai teknik serta petua dan tips-tips yang diberikan mereka pasti dapat menjahit baju kurung kanak-kanak dengan jayanya selepas ini.

Kami juga terharu bila mendapat tahu ada di antara peserta hadir dari lokasi yang agak jauh seperti dari Sg. Petani, Kedah semata-mata untuk menghadiri kelas demo kami.  Terima kasih di atas sokongan dari anda.

Kami berharap dan merancang untuk menganjurkan lebih banyak kelas demo selepas ini untuk memberi peluang kepada mereka di luar sana dalam memperkayakan potensi dan kelebihan diri untuk masa depan yang lebih baik...insyaAllah..












No comments:

Post a Comment