Sunday

Thank You! Warga Tmn Impian Putra, Bangi

Alhamdulilah, berakhir sudah Community Fun Ride, Taman Impian Putra, Bangi yg telah diadakan pada hari Ahad, 20 Mei 2012 dari jam 7.30 pagi - 12.30 tengahari.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Two Thumbs UP! kepada penganjur serta AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang bermanfaat ini... Sangat meriah dan mendapat sambutan oleh penduduk taman yang rata-rata sgt sporting dan mesra.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada HraLR Collections untuk membuka booth jualan koleksi kids wear kami yang alhamdulilah mendapat sambutan yang amat memberansangkan.  Semoga lebih banyak program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan kerana ianya sudah pasti memberikan impak yang sangat positif kepada semua yang terlibat.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program COMMUNITY FUN RIDE ini....dan TERIMA KASIH daun keladi, lain kali invitelah kami lagi hehe :)))



No comments:

Post a Comment