Assalammualaikum WBT...
Adalah menjadi harapan setiap ibu dan bapa untuk melihat cahaya mata mereka menjadi anak-anak yang terbaik, soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan diakhirat. Walaubagaimanapun, pelbagai cabaran dan ancaman hebat di luar sana menyebabkan ibu bapa sering kali bimbang dan khuatir ianya akan memberikan impak yang negatif terhadap sahsiah dan jati diri anak-anak mereka. Apakah pendekatan dan nilai-nilai yang perlu ditanam serta diterapkan oleh kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak amanah Allah ini agar mereka dapat menyiapkan diri mereka dan bersedia dengan perisai terkebal dalam menghadapi dugaan serta pengaruh yang amat mencabar ketika ini?
Oleh yang demikian, HraLR Academy bersama Naluri Parenting Book Cafe memperkenalkan sebuah buku yang amat berguna untuk dihayati serta diperhalusi oleh ibu dan bapa di luar sana sebagai panduan dalam mendidik anak-anak berdasarkan pendekatan serta cara yang dilakukan oleh Rasullulah junjungan kita...
Buku "PROPHETIC PARENTING: Cara Nabi Mendidik Anak" adalah naskah yang perlu anda perolehi dan mendapatkan manfaat darinya. Menggunakan bahasa indonesia moden yang amat mudah difahami, menggunakan olahan bahasa yang menarik, ringkas tetapi amat padat dan teratur. Ianya boleh didapati dengan harga istimewa:
RM65 senaskah
Kos Penghantaran RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah dan Sarawak)
Hubungi kami bagi yang berminat untuk menambahkan ilmu keibu bapaan mereka dan yang ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi anak-anak yang berakhlak mulia dan terpuji serta berjaya di dunia juga di akhirat insyaAllah....
Hubungi kami: 016-674 6121
No comments:
Post a Comment