Monday

Upcoming Event: Principles Of Management Talks

Program:  Principles of Management Talks
Date:  23 & 24 June 2012
Venue:  ATC, University Utara Malaysia




Contohilah Rasullulah dalam Mendidik Anak-Anak

Assalammualaikum WBT...

Adalah menjadi harapan setiap ibu dan bapa untuk melihat cahaya mata mereka menjadi anak-anak yang terbaik, soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan diakhirat.  Walaubagaimanapun, pelbagai cabaran dan ancaman hebat di luar sana menyebabkan ibu bapa sering kali bimbang dan khuatir ianya akan memberikan impak yang negatif terhadap sahsiah dan jati diri anak-anak mereka.  Apakah pendekatan dan nilai-nilai yang perlu ditanam serta diterapkan oleh kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak amanah Allah ini agar mereka dapat menyiapkan diri mereka dan bersedia dengan perisai terkebal dalam menghadapi dugaan serta pengaruh yang amat mencabar ketika ini?

Oleh yang demikian, HraLR Academy bersama Naluri Parenting Book Cafe memperkenalkan sebuah buku yang amat berguna untuk dihayati serta diperhalusi oleh ibu dan bapa di luar sana sebagai panduan dalam mendidik anak-anak berdasarkan pendekatan serta cara yang dilakukan oleh Rasullulah junjungan kita...

Buku "PROPHETIC PARENTING: Cara Nabi Mendidik Anak" adalah naskah yang perlu anda perolehi dan mendapatkan manfaat darinya.  Menggunakan bahasa indonesia moden yang amat mudah difahami, menggunakan olahan bahasa yang menarik, ringkas tetapi amat padat dan teratur.  Ianya boleh didapati dengan harga istimewa:

RM65 senaskah 
Kos Penghantaran RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah dan Sarawak)

Hubungi kami bagi yang berminat untuk menambahkan ilmu keibu bapaan mereka dan yang ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi anak-anak yang berakhlak mulia dan terpuji serta berjaya di dunia juga di akhirat insyaAllah....

Hubungi kami:  016-674 6121

 










HraLR Academy: Koleksi Buku

Assalammualaikum WBT...

Allah mengurniakan darjat kepada orang yang menuntut ilmu seperti mana firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11). Ini menunjukan kelebihan-kelebihan dan galakan-galakan oleh Islam kepada umatnya agar agama Islam dapat tersebar melalui ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Allah SWT kepada nabi-nabiNya.

Bertitik tolak dari ini, HraLR di bawah cabang portfolio HraLR Academy bekerjasama dengan Naluri Parenting Book Cafe telah melangkah setapak lagi untuk memperkenal, berkongsi dan mengedarkan beberapa koleksi buku-buku bercorak motivasi dan keibu bapaan dengan harapan ilmu berguna ini dapat dihayati dan dipraktikkan oleh mereka di luar sana.

Kami percaya, ilmu yang dipelajari dan dicari bukan semata-semata untuk berhadapan dengan cabaran duniawi sahaja dan bukan hanya untuk menggenggam segulung ijazah bagi mendapatkan pangkat, jawatan dan kerjaya tertinggi sahaja tetapi yang lebih penting adalah untuk mendalami, menghayati serta memperhalusi ilmu supaya ianya dapat dipraktikan demi kebaikan dan manfaat bersama.  Kita ingin melihat generasi masa kini bukan sahaja cerdik dan cemerlang dari segi akademiknya tetapi juga sahsiah diri nya.  InsyaAllah...

Nantikan kemunculan beberapa koleksi buku dari kami dengan harga istimewa....Semoga kita mendapat manfaat dari nya dan sentiasa hidup di bawah rahmat dan hidayah dariNya...




Sunday

Thank You! Warga Tmn Impian Putra, Bangi

Alhamdulilah, berakhir sudah Community Fun Ride, Taman Impian Putra, Bangi yg telah diadakan pada hari Ahad, 20 Mei 2012 dari jam 7.30 pagi - 12.30 tengahari.  Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Two Thumbs UP! kepada penganjur serta AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang bermanfaat ini... Sangat meriah dan mendapat sambutan oleh penduduk taman yang rata-rata sgt sporting dan mesra.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada HraLR Collections untuk membuka booth jualan koleksi kids wear kami yang alhamdulilah mendapat sambutan yang amat memberansangkan.  Semoga lebih banyak program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan kerana ianya sudah pasti memberikan impak yang sangat positif kepada semua yang terlibat.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program COMMUNITY FUN RIDE ini....dan TERIMA KASIH daun keladi, lain kali invitelah kami lagi hehe :)))



Thursday

HraLR Collections di Community Fun Rides, Tmn Impian Putra

Dapatkan koleksi kids wear dari HraLR Collections di Booth No. 4, Community Fun Rides, Tmn Impian Putra, Bangi pada 20 Mei 2012 ini.  Jom!!!!




Senarai Ceramah/ Bengkel oleh HraLR Academy

Berikut adalah senarai ceramah dan bengkel untuk pembangunan kendiri mahupun kerjaya.  Ceramah dan bengkel tersebut boleh dikendalikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan ke lokasi anda.

Sila hubungi talian berikut:  016-674 6121 

* Ceramah dan bengkel dari HraLR akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan kami akan membina modul mengikut topik pilihan/ permintaan anda










Monday

POTENSI DIRI



Niat. Kesungguhan. Semangat. Tidak Malu Bermula Dr Bawah. Berani Mencuba. Boleh Berdepan Dengan Kegagalan. Bangkit Semula. Tidak Riak & Sombong. Berdoa, Restu & Tawakal : Adalah kunci kejayaan. Allah SWT menjadikan kita dgn pelbagai potensi yg ada di antaranya tak kita sedari. Kalau tak cuba bila lagi nak tau kelebihan diri? JGN TAKUT! JGN MALU! PERCAYA PD DIRI! TEGAKKAN KEPALA & TERUS MELANGKAH KE HADAPAN!!! wallahuallam... ~~~ My Quotes

Kunjungi Booth HraLR Collections di Semenyih

Assalammualaikum WBT & Salam 1Malaysia,
Untuk makluman koleksi kami HraLR Collections boleh diperolehi di Booth kami di Bazaar Mesra Pengguna, Rinching, Semenyih bermula dari 5 Mei 2012 yang lalu.  Booth akan dibuka pada setiap hari Sabtu dari jam 3 petang sehingga jam 11 malam.  Dapatkan koleksi terbaharu kami dengan harga promosi dan berpatutan.  Terima kasih di atas sokongan anda! :)


Upcoming Event: Principles of Management Lecture



Event:  Principles of Management Lecture
Date:  16 June 2012
Venue: Universiti Utara Malaysia, City Kampus